Sabtu, 23 Jun 2012

panduan ketika membaca doa

GARIS PANDUAN TATACARA MEMBACA DOA DI MAJLIS-MAJLIS
RASMI DAN SEPARUH RASMI KERAJAAN 

1. TUJUAN 

Garis panduan ini disediakan sebagai panduan kepada pihak-pihak yang
terlibat menganjurkan sesuatu Majlis Rasmi dan Majlis Separuh Rasmi
yang melibatkan bacaan doa.

2. PENDAHULUAN 

Doa adalah satu ibadat. Ia merupakan satu tanda kerendahan hamba
terhadap Allah S.W.T. Ia boleh dilakukan secara individu atau
berkumpulan. Sesuatu doa itu hendaklah dilakukan dengan  ikhlas,
khusyuk, tertib penuh tawadu’ dan mesti dilakukan dengan cara yang
sesuai dengan kehendak syarak. Ini bermakna doa tidak boleh dilakukan
sebagai satu budaya atau adat. Doa merupakan satu cara  hidup yang
diajar oleh Rasulullah S.A.W.
Sebagai satu ibadah, doa hendaklah dilakukan di tempat yang betul,
masa yang sesuai dan suasana yang baik. Garis Panduan doa ini adalah
bagi bacaan doa secara berkumpulan atau beramai-ramai yang dilakukan
dalam mana-mana majlis atau upacara rasmi atau separuh rasmi di
negara ini.

3. RASIONAL 

Perlembagaan Persekutuan (Perkara 3) memperuntukkan bahawa agama
Islam adalah Agama Bagi Persekutuan. Oleh itu amalan membaca doa
dalam Majlis-majlis Rasmi dan Separuh Rasmi Kerajaan adalah suatu amalan yang suci dan murni sesuai dengan kedudukan agama Islam di
negara ini

4. TAKRIF 

4.1.           MAJLIS RASMI

Majlis Rasmi adalah suatu majlis yang dianjurkan oleh Kerajaan
Persekutuan atau Kerajaan Negeri.

4.2.           MAJLIS SEPARUH RASMI

Majlis Separuh Rasmi adalah majlis yang dianjurkan selain dari
kerajaan tetapi dihadiri oleh para pembesar atau pemimpin negara,
sama ada di peringkat negeri atau persekutuan (negara).

4.3            DOA

Doa ialah satu ucapan permohonan iaitu memohon dari hamba
(manusia) kepada Allah dengan hati yang ikhlas bagi mendapat
rahmat, inayah (pertolongan) dan juga bagi dijauhkan dari bala’
bencana dengan cara dan adab yang tertentu.

5. TARAF PEMBACA DOA  

5.1              Pembaca doa bagi majlis di peringkat persekutuan yang dihadiri
oleh Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong, doa hendaklah
dibaca oleh Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan atau
Timbalan Mufti.

5.2              Pembaca doa bagi majlis di peringkat negeri yang dihadiri oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan atau Raja, doa hendaklah dibaca oleh
Sahibus Samahah Mufti Negeri atau Timbalan Mufti atau amalan
yang biasa diguna pakai oleh negeri tersebut.

5.3              Bagi majlis-majlis lain, pembaca doa boleh dilantik daripada
kalangan mereka yang layak, seperti mana dalam para 6 di bawah.

6. KRITERIA PEMBACA DOA 

6.1                Pembaca doa seelok-eloknya seorang lelaki dan beragama Islam,    
boleh menyebut perkataan-perkataan dalam Bahasa Melayu dan
Arab dengan tepat, fasih dan betul.

6.2                 Pembaca doa seboleh-bolehnya individu yang mempunyai akhlak
dan sahksiah yang baik yang tidak dipertikai oleh pendengar dan
masyarakat.

6.3                 Pembaca doa mestilah mengetahui kesesuaian doa yang dibaca
bagi satu-satu majlis yang diadakan.

7.   TATACARA DAN ADAB-ADAB MEMBACA DOA 

7.1                 Pembaca doa hendaklah datang ke majlis lebih awal sebelum
majlis dimulakan.

7.2                 Pembaca doa hendaklah mempastikan dimana tempat bacaan
doa.

7.3              Sebelum memulakan doa, pembaca doa hendaklah memberi
tanda hormat kepada tetamu khas dan lain-lain tetamu yang hadir.7.4             Pembaca doa hendaklah mengangkat tangan ketika berdoa.

7.5              Pembaca doa hendaklah membaca dengan nada suara yang
sesuai dengan maksud ayat di samping suara yang jelas, tidak
terlalu laju dan hendaklah dibaca dengan khusyuk serta tawadu’.

7.6              Tidak digalakkan pembaca doa membalikkan tangan taktala
memohon tolak bala’.

8.  PAKAIAN

Pembaca doa hendaklah memakai pakaian yang bersesuaian  dan jika
memakai pakaian kebangsaan hendaklah lengkap bersampin dan
bersongkok.

9.  TEKS DOA

9.1               Mukaddimah Doa Dan Penutup

i.  Permulaan doa hendaklah mengandungi lafaz,
   puji-pujian dan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.
ii.  Doa seelok-eloknya didahului dengan bacaan dalam
Bahasa Arab dan diikuti dengan doa dalam bahasa-bahasa
lain.
 iii. Pada bahagian akhir doa seelok-eloknya mengandungi
bacaan selawat dan Tahmid dalam Bahasa Arab.

9.2           Isi Kandungan Doa

i. Teks doa hendaklah mengandungi permohonan untuk
keselamatan, kesejahteraan umum dan diikuti dengan
permohonan doa secara khusus sesuai dengan majlis
berkenaan.
ii. Isi kandungan doa juga boleh diterjemah dalam Bahasa
Inggeris, Arab dan bahasa-bahasa lain, sesuai dengan
hadirin dan majlis tersebut.
iii. Teks doa setiap perenggan sebaik-baiknya disebut namanama Allah ( ) dan sifat-sifat Allah sesuai
dengan perkara yang dipohon seperti (Yang Maha
Pemberi Rezeki) bagi doa untuk memohon rezeki.
iv. Sekiranya majlis yang dianjurkan dihadiri oleh Duli Yang
Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong
sama ada sebagai perasmi majlis atau jemputan khas,
pembaca doa hendaklah menyebut secara khusus doa
kesejahteraan yang ditujukan kepada Baginda sendiri
sebagai satu penghormatan kepada pemimpin agama Islam
paling tinggi dalam negara.
v. Teks doa juga sewajarnya menyebut doa kesejahteraan
secara umum kepada pemimpin-pemimpin negara serta
ummah keseluruhannya.
vi. Teks doa tidak perlu menyebut perkataan-perkataan yang
boleh menimbulkan suasana tidak harmoni di kalangan
masyarakat dan negara.

9.3. Masa Pembacaan Doa

i. Masa berdoa bagi majlis rasmi atau separuh rasmi sebaikbaiknya    pada permulaan majlis tersebut. ii. Tempoh masa untuk membaca doa tidak melebihi 5 minit.

9.4   Tempat Majlis Berdoa

i. Hendaklah di tempat perhimpunan yang bertujuan untuk
kebaikan dan bersesuaian dengan ajaran Islam.

ii. Tempat yang tidak mencemarkan kesucian agama Islam.

9.5 Tempat Pembaca Doa

i.   Penganjur hendaklah menyediakan tempat duduk yang
sesuai untuk pembaca doa.
ii.  Tempat bacaan doa hendaklah di atas pentas (jika ada
pentas).
 
10. PENUTUP

Buku Panduan Membaca Doa Dalam Majlis Rasmi Dan Separuh Rasmi
ini diharap dapat dijadikan rujukan panduan kepada pembaca-pembaca
doa khususnya dan penganjur program rasmi dan separuh rasmi amnya.
Buku ini juga dapat membantu dan membimbing kepada semua lapisan
masyarakat apabila berdoa mudah-mudahan ianya lebih berkualiti dan
seragam diseluruh Negara.

KOLEKSI DOA

DOA MAJLIS PERHIMPUNAN (1)

بِسْمِ الِ الرّحْمَنِ الرّحِيْمِ
اَلْحَمْد ِّ ُ لِ ر ّ َب الْعَالَمِيْنَ,  َالصّلَة ُوَالسّلَمُ عَلَى سَيّدِنَا مُحَمّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِي َ ْن
اللّهُمّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِخْوَانَِنا الّذِي َ ْن سَبَقُوْنَا بِالِيْم ِ َان وَلَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلّ لِلّذِيْنَ ءَامَنُوْا
رَبّنَاإنّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ 
يا ال يا رحمن يا رحيم

Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi melahirkan rasa
kesyukuran di atas kurniaanMu yang tidak ternilai.Jadikanlah kami
hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur di  atas nia`mat yang
melimpah ruah kepada kami .

يا ال يا عليم

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin
menimba ilmuMu yang sangat luas bagi mengembangkan potensi
kami sebagai hambaMu yang Engkau redhai.
Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah
kepada kami apa kiranya ilmuMu. Sinarilah hati-hati kami dengan
cahaya dan hidayahMu. Semoga dengannya kami mudah
menerima dan menghayati serta mengamalkannya.

يا ذا الجلل والكرام

Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kesihatan anggota,
kecergasan minda, ketenangan jiwa, kekuatan semangat. Semoga
dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing dan
mampu mengangkat martabat diri, keluarga, 
masyarakat dan negara.

اَللّه ّ ُم اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُو ً ْما ، وَتَفَرّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَف ّ َرقاً مَعْصُو ً ْما ، 
وَلَ تَجْعَلِ اللّه ّ ُم فِيْنَا وَلَ مَعََنا وَلَ م ْ َن يَتْبَعَُنا شَقِيّا وَلَ مَطْرُو ً ْدا وَلَ مَحْرُوْمًا .
رَبّنَا ءَاتِنَا فِي الدّنْيَا حَسََنة ً وَفِي الخِرَةِ حَسََنة ًوَقِنَا عَذَابَ الن ِ ّار 
وَصَّلى الُ عَلَى مُحَمّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلّمَ ،
 وَالْحَمْد ِّ ُلِ رَبّ العَالَمِي َ ْن

DOA MAJLIS PERHIMPUNAN (2)

بِسْمِ الِ الرّحْمَنِ الرّحِيْمِ
اَلْحَمْد ِّ ُ لِ ر ّ َب الْعَالَمِيْنَ,  َالصّلَة ُوَالسّلَمُ عَلَى سَيّدِنَا مُحَمّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِي َ ْن
        اللّهُمّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِخْوَانَِنا الّذِي َ ْن سَبَقُوْنَا بِالِيْم ِ َان وَلَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا
غِلّ لِلّذِيْنَ ءَامَن ْ ُوا رَبّنَاإنّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ                                 

Ya Allah Ya Tuhan kami, Tuhan yang menguasai langit dan bumi.
Hanya padaMu sahaja kami panjangkan kesyukuran di atas segala
rahmat yang Engkau kurniakan.

يا ال يا رحمن يا رحيم

Bersempena dengan perhimpunan ini kami mohon inayah dan
taufikMu. Kurniakanlah kesejahteraan dan kebahagian serta
kesihatan jasmani dan rohani. Bukakanlah hati-hati kami,
lapangkanlah dada kami untuk menerima ilmu dan pengetahuan
serta bimbingan dari guru-guru yang kami kasihi.
Kami memohon dengan kudrat dan IradatMu, berikanlah kami
kekuatan dan ketabahan menghadapi perjuangan bagi mencari dan
menimba  ilmu pengetahuan serta permudahkanlah kami
 untuk beramal dengan penuh keikhlasan 

يا ذا الجلل والكرام

Tambahkanlah kepada kami kecintaan kepada segala kebaikan,
Jadikanlah kami, guru-guru kami dan  pemimpin-pemimpin kami
terus  berkhidmat dengan istiqamah untuk menabur bakti
membangunkan umat , masyarakat, bangsa dan agama.
Ya Allah ya Tuhan kami jadikanlah negara kami sebuah negara
yang mendapat limpahan rahmat dan nikmat. Kekalkanlah 
keamanan dan kemakmuran sepanjang zaman.
اَللّه ّ ُم اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُو ً ْما ، وَتَفَرّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَف ّ َرقاً مَعْصُو ً ْما ، 
وَلَ تَجْعَلِ اللّه ّ ُم فِيْنَا وَلَ مَعََنا وَلَ م ْ َن يَتْبَعَُنا شَقِيّا وَلَ مَطْرُو ً ْدا وَلَ مَحْرُوْمًا .
رَبّنَا ءَاتِنَا فِي الدّنْيَا حَسََنة ً وَفِي الخِرَةِ حَسََنة ًوَقِنَا عَذَابَ الن ِ ّار 
وَصَّلى الُ عَلَى مُحَمّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلّمَ ،
 وَالْحَمْد ِّ ُلِ رَبّ العَالَمِي َ ْن

DOA SEMPENA
MENGHADAPI PEPERIKSAAN AWAM (1)

بِسْمِ الِ الرّحْمَنِ الرّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ لِ رَبّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتّقِيْنَ َالصّلَة ُوَالسّلَمُ 
عَلَى سَيّدِنَا مُحَمّدٍ  وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِي َ ْن
اللّه ّ ُم اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِخْوَانِنَا الّذِيْنَ سَبَقُوَ ْنا بِالِيْمَانِ وَلَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا
غِلّ لِلّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبّنَاإنّكَ رَءُوْفٌ رَحِيٌ ْم
اللهم انت العزيز الجليل

Sesungguhnya kami pada pagi ini, ingin merafa’kan kesyukuran
dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.

اللهم يارافع الدرجات وياقاضي الحاجات

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami akan
menduduki peperiksaan yang menentukan kejayaan dalam medan
perjuangan kami. Kami menyedari bahawa segala usaha yang kami
lakukan adalah di bawah kekuasaan dan kehendakMu jua.
Justeru itu, kami memohon kepadaMu berikanlah taufik dan
hidayahMu. Kuatkanlah ingatan dan janganlah Engkau biarkan kami
terlupa. Lapangkanlah dada kami dan janganlah Engkau
sempitkannya. Permudahkanlah segala urusan kami
dan janganlah Engkau persulitkan.
يا ال يا رحمن يا رحيم
Hanya padaMu kami memohon. Kurniakanlah kejayaan kepada
kami dengan ketinggian dan kecemerlangan. Jadikanlah kami
golongan hambaMu yang mendapat kemuliaanMu dunia dan
akhirat. Panjangkanlah usia kami dengan amalan ketaatan
kepadaMu  dan suka berbakti kepada agamaMu serta berjasa 
kepada bangsa dan negara.

اَللّهُمّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرّقاً مَعْصُوْمًا ،
 وَلَ تَجْعَلِ اللّه ّ ُم فِيْنَا وَلَ مَعََنا وَلَ مَنْ يَتْبَعَُنا شَقِيّا وَلَ مَطْرُوْدًا وَلَ مَحْرُو ً ْما .
رَبّنَا ءَاتِنَا فِي الدّنْيَا حَسََنة ً وَفِي الخِرَةِ حَسََنة ًوَقِنَا عَذَابَ الن ِ ّار 
وَصَّلى الُ عَلَى مُحَمّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلّمَ ،
 وَالْحَمْد ِّ ُلِ رَبّ العَالَمِي َ ْن

DOA SEMPENA
MENGHADAPI PEPERIKSAAN AWAM (2)

بِسْمِ الِ الرّحْمَنِ الرّحِيْمِ
اَلْحَمْد ِّ ُ لِ ر ّ َب الْعَالَمِيْنَ,  َالصّلَة ُوَالسّلَمُ عَلَى سَيّدِنَا مُحَمّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِي َ ْن
يا ال يا رحمن يا رحيم

Terangilah hati kami dengan cahaya pertunjukMu sebagaimana
Engkau menerangi bumi dengan cahaya 
Matahari  selama-lamanya

يا ال يا حكيم يا حليم

Kami pertaruhkan kepada-Mu apa yang telah Engkau ajarkan
kepada kami, maka kembalikanlah semula kepada kami ketika kami
memerlukannya dan janganlah Engkau  biarkan kami melupainya.

يا ال يا غفار

Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guruguru kami dan seluruh umat Islam, lengkapkanlah budi pekerti kami,
sempurnakanlah usaha kami, puaskanlah hati kami terhadap rezeki
pemberianMu dan jangan biarkan hati kami terpedaya oleh apa
yang Engkau hindarkan daripada kami.

يا ال يا رحمن يا رحيم

Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami rahsiakan dan
yang kami nyatakan. Semoga Engkau terima keuzuran kami,
Engkau mengetahui hajat kami semoga Engkau kabulkan
permohonan kami Engkau mengetahui dosa yang ada 
dalam diri kami,justeru itu kami mohon
 keampunanMu Ya Ghaffar,

اللّهُمّ لَ سَهْلَ إِلّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحُزْنَ إِنْ شِئْتَ سَه ً ْل
رَبّنَا آتِنَا ِفي الدّنْيَا حَسَنَةً ِ  وَفي الخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَاب ّ َ الن ِ ار
 وصلى ال على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
 وَالْحَمْدُ ِلِ رَبّ الْعَالَـمِيْن

DOA SEMPENA MESYUARAT

بِسْمِ الِ الرّحْمَنِ الرّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ لِ رَبّ العَالَمِيْنَ, وَالعَاقِبَة لِلْمُتّقِيْنَ َالصّلَة ُوَالسّل ُ َم
عَلَى سَيّدِنَا مُحَمّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِي َ ْن
اللّهُمّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِخْوَانَِنا الّذِي َ ْن سَبَقُوْنَا بِالِيْم ِ َان
 وَلَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلّ لِلّذِي َ ْن ءَامَنُوْا رَبّنَاإنّكَ رَءُوْفٌ رَحِيٌ ْم
اللهم انت العزيز الجليل

Sesungguhnya kami pada pagi ini, ingin merafa’kan kesyukuran
dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.

اللهم يا حكيم ياعظيم

Sesungguhnya kami berhimpun di sini bagi menyatakan
kesungguhan, komitmen dan iltizam kami dengan roh dan
semangat untuk membangun membina serta mendidik dan
memartabatkan anak bangsa supaya berbudi dan 
berjasa kepada agama, bangsa dan negara.
Justeru  itu berkatilah pertemuan kami, berkatilah jua usaha-usaha
kami, ilhamkanlah dalam fikiran dan minda kami, idea-idea yang
bernas, pandangan-pandangan yang jelas dan keputusankeputusan yang waras. Kurniakanlah kepada kami limpahan ilmu
yang berguna dan kefahaman yang benar. Satukanlah hati-hati
kami, eratkanlah silatur rahim di kalangan kami. Padukanlah tenaga
dan usaha kami untuk memartabatkan pendidikan bangsa secara
bersama demi mencapai kecemerlangan dan kegemilangan.

اللهم يا عليم ياخبير

Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang
taat dan bersyukur. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah
Mu. Kurniakanlah apa kiranya ya Allah kepada kami kesihatan yang
berpanjangan , kesejahteraan yang sempurna , fikiran yang waras,
minda yang cergas, rezeki yang halal,
 zuriat dan generasi yang beriman  serta segala 
kebaikan di dunia dan di akhirat.

اَللّهُمّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرّقاً مَعْصُوْمًا ،
 وَلَ تَجْعَلِ اللّه ّ ُم فِيْنَا وَلَ مَعََنا وَلَ مَنْ يَتْبَعَُنا شَقِيّا وَلَ مَطْرُوْدًا وَلَ مَحْرُو ً ْما .
رَبّنَا آتِنَا ِفي الدّنْيَا حَسَنَةً ِ  وَفي الخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَاب ّ َ الن ِ ار
وَصَّلى الُ عَلَى مُحَمّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلّمَ ،
 وَالْحَمْد ِّ ُلِ رَبّ العَالَمِي َ ْن

DOA SEMPENA MESYUARAT PIBG

بِسْمِ الِ الرّحْمَنِ الرّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ لِ رَبّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتّقِيْنَ َالصّلَة
ُوَالسّلَمُ عَلَى سَيّدِنَا مُحَمّدٍ وَعَل ِ َى آله ِوَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِي َ ْن
اللّه ّ ُم اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِخْوَانِنَا الّذِيْنَ سَبَقُوَ ْنا بِالِيْمَانِ وَلَ تَجْعَلْ 
فِيْ قـُلُوْبِنَاغِلّ لِلّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبّنَاإنّكَ رَءُوْفٌ رَحِيٌ ْم
يا ال ياكريم

Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul keranaMu Ya Allah.
Kami berkumpul untuk mengisi keredhaanMu dalam seluruh
hidup kami. Kami berkumpul untuk bermusyawarah, bertukar-tukar
pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan
ke arah memajukan lagi sekolah ini , demi kebaikan 
anak-anak kami .

يا ال يا منزل البركة

Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usahausaha kami) sekolah ini akan menjadi sekolah yang cemerlang,
terbilang , sekolah yang disegani dan dihormati, sekolah yang akan
melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya
di dunia mahupun di akhirat.

يا رحمن يا رحيم يا رب العلمين

Perbaikilah segala kesilapan kami , jernihkanlah hubungan antara
kami , jinakkan dan lembutkanlah hati-hati kami dan tunjukkanlah
kami jalan yang membawa keselamatan dan keharmonian dalam
menyelesaikan masalah yang timbul di antara pihak pentadbir,
guru-guru dan juga ibu bapa atau penjaga pelajar di sekolah ini.

يا حي يا قيوم ياذا الجلل والكرام

Ya Allah kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan
dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah
kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami 
dengan kesihatan yang sempurna.

اَللّهُمّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرّقاً مَعْصُوْمًا ،
 وَلَ تَجْعَلِ اللّه ّ ُم فِيْنَا وَلَ مَعََنا وَلَ مَنْ يَتْبَعَُنا شَقِيّا وَلَ مَطْرُوْدًا وَلَ مَحْرُو ً ْما .
رَبّنَا آتِنَا ِفي الدّنْيَا حَسَنَةً ِ  وَفي الخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَاب ّ َ النار
وَصَّلى الُ عَلَى مُحَمّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلّمَ ،
 وَالْحَمْد ِّ ُلِ رَبّ العَالَمِي َ ْن

DOA SEMPENA HARI GURU 

بِسْمِ الِ الرّحْمَنِ الرّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ لِ رَبّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتّقِيْنَ َالصّلَة ُوَالسّلَمُ 
عَلَى سَيّدِنَا مُحَمّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِي َ ْن

Ya Allah , Tuhan Semesta Alam
Kami merafakkan rasa bersyukuran kepadaMu kerana telah mengizinkan kami
untuk meraikan Majlis sambutan Hari Guru (Tahun Semasa) peringkat Sekolah
(Nama Sekolah) pada pagi yang berbahagia ini dengan tema :
(Tema Hari Guru)

يا ال ياعزيز يا ستارفعال لما يريد

Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni
sepanjang zaman , justeru itu kurniakanlah kepada guru-guru kami hati yang
ikhlas untuk menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini dengan
sebaiknya . Lorongkanlah hati guru-guru kami agar menjadikan seluruh 
aktriviti dunia pendidikan sebagai ibadah mengharapkan rahmat dan 
keredhaanMu  semata-mata .  
Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan , memohon ihsan
dan pimpinanMu agar Engkau anugerahkan rasa kasih sayang  kepada barisan
pendidik yang budiman terhadap anak-anak didik mereka , sebagaimana
mereka mengasihi dan menyayangi anak- anak mereka sendiri . Kurniakanlah
kepada mereka kesabaran , ketabahan , semangat kerjasama yang tinggi
dalam sebuah pasukan , semangat permuafakatan dan semangat juang yang
tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang
pendidik dan berusaha menyumbang tenaga , idea dan kepakaran demi
meningkatkan kualiti akademik dan ko-kurikulum pelajar-pelajar sekolah ini
khasnya dan di arena pendidikan perdana amnya .

يا اال يا مكوراليل والنهار

Pada kesempatan ini , kami mohon kepada kebesaran dan kehebatanMu ya
Allah  kurniakan kepada kami sifat yang mulia dan akhlak yang luhur , mudahmudahan kami akan menjadi anak didik yang sentiasa menghormati guru-guru
kami , mendengar tunjuk ajar daripada guru-guru kami , kami sentiasa
mengharapkan teguran dan bimbingan guru-guru , semoga kami 
menjadi insan yang sempurna dan berguna kepada agama ,
bangsa dan Negara yang tercinta  .

اَللّهُمّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرّقاً مَعْصُوْمًا ،
 وَلَ تَجْعَلِ اللّه ّ ُم فِيْنَا وَلَ مَعََنا وَلَ مَنْ يَتْبَعَُنا شَقِيّا وَلَ مَطْرُوْدًا وَلَ مَحْرُو ً ْما .
رَبّنَا ءَاتِنَا فِي الدّنْيَا حَسََنة ً وَفِي الخِرَةِ حَسََنة ًوَقِنَا عَذَابَ الن ِ ّار 
وَصَّلى الُ عَلَى مُحَمّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلّمَ ،
 وَالْحَمْد ِّ ُلِ رَبّ العَالَمِي َ ْن

DOA SEMPENA HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN

بِسْمِ الِ الرّحْمَنِ الرّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ لِ رَبّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتّقِيْنَ َالصّلَة ُوَالسّلَمُ 
عَلَى سَيّدِنَا مُحَمّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِي َ ْن
اللّه ّ ُم اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِخْوَانِنَا الّذِيْنَ سَبَقُوَ ْنا بِالِيْمَانِ وَلَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا
غِلّ لِلّذِيْنَ ءَامَن ْ ُوا رَبّنَاإنّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
يا ال يا كريم يا ودود

Kami memanjatkan kesyukuran kepadaMu kerana mengizinkan kami untuk
mengadakan dan turut serta dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan  Sekolah
(Nama Sekolah)

يا ال يا فعال لما يريد

Kami memohon kepadaMu , agar Engkau berkati majlis ini dengan limpahan
kasih sayangMu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini
mendapat keredhaan dan hidayahMu.Tidak  lupa juga kepada para pendidik
yang telah  lama menyumbang khidmat , menabur bakti mereka
 di sekolah yang bertuah ini .
Disaat ini juga, kami menadah tangan kehambaan mengharapkan ihsanMu
agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai,
samada dalam bidang akademik mahupun dalam aspek pembinaan sahsiah
insan, dan seterusnya anugerahkanlah kepada kami kecemerlangan demi
kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang
pada masa-masa akan datang.

يا ال يا غنى يا حميد

Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada
hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Dalam
erti kata lain, jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha
dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka
dalam bidang akademik serta mempunyai  peribadi yang luhur. Malah kami
memohon daripadaMu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis
anugerah ini akan menjadi dorongan dan galakkan kepada pelajar-pelajar lain,
supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga
untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.

رَبّنَا ءَاتِنَا فِي الدّنْيَا حَسََنة ً وَفِي الخِرَةِ حَسََنة ًوَقِنَا عَذَابَ الن ِ ّار 
وَصَّلى الُ عَلَى مُحَمّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلّمَ ،
 وَالْحَمْد ِّ ُلِ رَبّ العَالَمِي َ ْن

DOA SEMPENA MAJLIS SOLAT HAJAT

بِسْمِ الِ الرّحْمَنِ الرّحِيْمِ
الْـحَمْدُ لِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصّالِـح ُ َات ، َالصّلَة ُوَالسّلَمُ
عَلَى رَسُوْلِنَا المِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْح ِ َابهِ أجْـمَعِي َ ْن
اللّهُمّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِخْوَانَِنا الّذِي َ ْن سَبَقُوْنَا بِالِيْم ِ َان وَلَ تَجْع ْ َل
 فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلّ لِلّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبّنَاإنّكَ رَءُوْفٌ رَحِيٌ ْم

Ya Allah Ya Tuhan Kami
Sesungguhnya pada ketika ini kami berkumpul keranaMu
Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup  dengan keredhaanMu.
Sesungguhnya ketentuan dan takdirMu itu telah mengalahkan kami, dan ikatan
nafsu syahwat telah menawan diri kami, maka jadilah Engkau ya Allah
penolong kami, sehingga dapat melawan hawa nafsu kami, dan penolong
sahabat kami terhadap musuh-musuh mereka , dan kayakanlah kami dengan
kurniaanMu sehingga kami merasai kenikmatan yang Engkau berikan.

يا ال يا كريم يا ودود

Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan dengan usaha-usaha kami ini
anak-anak remaja Islam akan menjadi remaja yang cemerlang, terbilang ,
remaja yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek akademik 
mahupun keperibadian.

يا رحمن يا رحيم يا رب العلمين

Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami rahsiakan dan yang kami
nyatakan,Semoga Engkau terima keuzuran kami, Engkau mengetahui hajat
kami,Semoga Engkau kabulkan permohonan kami,Engkau mengetahui dosa
yang ada dalam diri kami,justeru itu kami mohon keampunanMu Ya Ghaffar,

يا ال انت الغنى ونحن الفقراء

Ya Allah kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah
diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan
dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan dan kesejahteraan.

اَللّه ّ ُم اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُو ً ْما ، وَتَفَرّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَف ّ َرقاً مَعْصُو ً ْما ، 
وَلَ تَجْعَلِ اللّه ّ ُم فِيْنَا وَلَ مَعََنا وَلَ م ْ َن يَتْبَعَُنا شَقِيّا وَلَ مَطْرُو ً ْدا وَلَ مَحْرُوْمًا .
رَبّنَا آتِنَا ِفي الدّنْيَا حَسَنَةً ِ  وَفي الخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَاب ّ َ الن ِ ار
وَصَّلى الُ عَلَى مُحَمّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلّمَ ،
 وَالْحَمْد ِّ ُلِ رَبّ العَالَمِي َ ْن

DOA SEMPENA HARI SUKAN

بِسْمِ الِ الرّحْمَنِ الرّحِيْمِ
الْـحَمْدُ لِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصّالِـح ُ َات ، َالصّلَة ُوَالسّلَمُ
عَلَى رَسُوْلِنَا المِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْح ِ َابهِ أجْـمَعِي َ ْن
اللّه ّ ُم اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِخْوَانِنَا الّذِيْنَ سَبَقُوَ ْنا بِالِيْمَانِ وَلَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا
 غِلّ لِلّذِيْنَ ءَامَن ْ ُوا رَبّنَاإنّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
يا ال يا رحمن يا رحيم

Kami berhimpun pada pagi ini keranaMu untuk mengisi seluruh ruang hidup
kami dengan ibadah kepadaMu sesuai dengan 
firmanMu yang mulia :

قُلْ إِنّ صَلَتِيْ وَن ُ ُسكيِ وَمَحْياَيَ وَمَمَاتيِ ِلِ رَبّ العَالَمِيْنَ .

Yang mafhumnya “Sesungguhnya solatku , ibadahku , hidupku , dan matiku
semata-mata hanya untukMu  ya Allah”.
يا ال يا مهيمن يا عزيز يا جبار
Sejahterakanlah tubuh badan kami , sejahterakanlah pendengaran kami ,
sejahterakanlah penglihatan kami agar kami dapat menjalankan aktiviti pada
hari ini dengan lancar dan sempurna serta terpelihara daripada  sebarang
kecederaan dan bahaya.
يا ال يا حى يا قيوم
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah
diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan
dan sempurnakanlah keindahan diri kami dengan kesihatan yang baik.

يا ال يا فارج الهم ويا كاشف الغم

Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami)
sekolah ini akan menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang , sekolah yang
disegani dan dihormati, sekolah yang akan melahirkan pelajar-pelajar yang
gemilang dalam aspek akademik mahupun kokurikulum serta berjaya
di dunia dan  di akhirat .

اَللّهُمّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرّقاً مَعْصُوْمًا ،
 وَلَ تَجْعَلِ اللّه ّ ُم فِيْنَا وَلَ مَعََنا وَلَ مَنْ يَتْبَعَُنا شَقِيّا وَلَ مَطْرُوْدًا وَلَ مَحْرُو ً ْما .
رَبّنَا ءَاتِنَا فِي الدّنْيَا حَسََنة ً وَفِي الخِرَةِ حَسََنة ًوَقِنَا عَذَابَ الن ِ ّار 
وَصَّلى الُ عَلَى مُحَمّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلّمَ ،
 وَالْحَمْد ِّ ُلِ رَبّ العَالَمِي َ ْن

DOA SEMPENA HARI KARNIVAL / KANTIN

بِسْمِ الِ الرّحْمَنِ الرّحِيْمِ
الْـحَمْدُ لِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصّالِـح ُ َات ، َالصّلَة ُوَالسّلَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا المِيْنَ 
وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابه أجْـمَعِيْنَ 

Ya Allah , Tuhan Penguasa Alam ,
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepadaMu kerana telah mengizinkan kami
untuk berada dan menghadiri Karnival Sekolah (Nama Sekolah) pada hari ini .
Ya Allah Ya Tuhan Kami
Sesungguhnya  kami berkumpul pada hari ini keranaMu Ya Allah
Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaanMu ,kami
berkumpul untuk menghubungkan silaturahim,bermusyawarah, bertukar-tukar
pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah
meningkatkan dana kewangan sekolah kami .

يا ال يا وهب يا رزاق

Ya Allah Tuhan yang memberikan rezeki kurniakan kepada kami rezeki yang
halal lagi berkat hasil dari usaha – usaha kami. Jadikan ia sebagai titik
permulaan untuk kami menjadi usahawan yang berjaya
pada masa akan datang.

يا رحمن يا رحيم يا رب العلمين

Jadikanlah kami orang-orang yang mendengar kebaikan lantas bersegera
melakukan kebaikan,Dan jadikanlah kami orang yang mendengar dan
mengetahui keburukan lantas bersegera menghindari dari keburukan .

يا حي يا قيوم ياذا الجلل والكرام

Kami memohon kekuatan dari hadhratMu Ya Allah, supaya kami yang hadir
pada hari ini, agar kami dapat melaksanakan segala kebajikan dan kami pohon
perlindungan dengan Engkau daripada melakukan keburukan .

يا ال ياعزيز يا ستارفعال لمايريد

Ya Allah kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah
diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan
dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.

رَبّنَا ءَاتِنَا فِي الدّنْيَا حَسََنة ً وَفِي الخِرَةِ حَسََنة ًوَقِنَا عَذَابَ الن ِ ّار 
وَصَّلى الُ عَلَى مُحَمّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلّمَ ،
 وَالْحَمْد ِّ ُلِ رَبّ العَالَمِي َ ْن

DOA SEMPENA PERKHEMAHAN/AKTIVITI LUAR

بِسْمِ الِ الرّحْمَنِ الرّحِيْمِ
الْـحَمْدُ لِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّالصّالِـحَاتُ ،َالصّلَةُوَالسّلَمُ عَلَى 
رَسُوْلِنَا المِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْح ِ َابهِ أجْـمَعِيْنَ 
اللّه ّ ُم اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِخْوَانِنَا الّذِيْنَ سَبَقُوَ ْنا بِالِيْمَانِ وَلَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا
غِلّ لِلّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبّنَاإنّكَ رَءُوْفٌ رَحِيٌ ْم

Ya Allah Ya Tuhan Kami
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepadaMu kerana telah mengizinkan kami
untuk berada dan menghadiri perkhemahan pada kali ini .

يا ال يا رؤف يا ودود

Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul bagi menghubungkan silaturrahim
, bertukar-tukar pendapat di samping menyumbangkan buah fikiran dalam
membentuk generasi yang berguna pada masa hadapan .
 Berkatilah usaha ini Ya Allah.
يا رحمن يا رحيم يا رب العالمين
Engkau perbaikilah akhlak kami dan akhlak anak-anak didik kami , Engkau
hiasi kami dengan akhlak-akhlak yang baik dan terpuji juga hindarilah kami dari
sifat-sifat keji . Hindarilah kami dari sifat lalai yang merugikan dan bimbinglah
kami ke jalan kebenaran .

يا حي يا قيوم ياذا الجلل والكرام

Jadikanlah kami orang-orang yang mendengar kebaikan lantas bersegera
melakukan kebaikan ,Dan jadikanlah kami orang yang mendengar dan
mengetahui keburukan lantas bersegera menghindarkan dari keburukan .

يا ال يا فارج الهم ويا كاشف الغم

Kurniakanlah kepada kami kekuatan fizikal , mental dan rohani agar kami dapat
menempuh ujian yang mendatang daripadaMu Ya Allah . Berkatilah usahausaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) sekolah ini akan
menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang , sekolah yang disegani dan
dihormati samada dalam bidang akademik mahupun dalam semua bidang .

اَللّهُمّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرّقاً مَعْصُوْمًا ،
 وَلَ تَجْعَلِ اللّه ّ ُم فِيْنَا وَلَ مَعََنا وَلَ مَنْ يَتْبَعَُنا شَقِيّا وَلَ مَطْرُوْدًا وَلَ مَحْرُو ً ْما .
رَبّنَا ءَاتِنَا فِي الدّنْيَا حَسََنة ً وَفِي الخِرَةِ حَسََنة ًوَقِنَا عَذَابَ الن ِ ّار 
وَصَّلى الُ عَلَى مُحَمّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلّمَ ،
 وَالْحَمْد ِّ ُلِ رَبّ العَالَمِي َ ْن

DOA SEMPENA MINGGU ORIENTASI PELAJAR BARU

بِسْمِ الِ الرّحْمَنِ الرّحِيْمِ
الْـحَمْدُ لِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّالصّالِـحَاتُ ، ّ َالصلَة ُوَالسّلَمُ عَلَى
رَسُوْلِنَا المِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْح ِ َابهِ أجْـمَعِيْنَ 
اللّه ّ ُم اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِخْوَانِنَا الّذِيْنَ سَبَقُوَ ْنا بِالِيْمَانِ وَلَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا
 غِلّ لِلّذِيْنَ ءَامَن ْ ُوا رَبّنَاإنّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
يا ال يا رؤف الرحيم

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepadaMu kerana dengan izinnya kami
berada dan menghadiri Program Orientasi pelajar-pelajar (NyatakanTingkatan)
sesi (Tahun Semasa) pada hari ini . 
Ya Allah , Ya Tuhan Kami
Sesungguhnya pada hari ini kami berhimpun demi keranaMu Ya Allah. Kami
berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan KeredhaanMu
Ya Allah , Tuhan Yang Maha Mengetahui ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami
ini) , anak didik kami akan menjadi pelajar yang cemerlang dan terbilang ,
pelajar yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek akademik mahupun
kokurikulum seterusnya mampu melahirkan generasi pelajar yang berjaya
di dunia mahupun di akhirat.

  ياال  يا رحمن يا رحيم يا رب العلمين

Mudah-mudahan maklumat yang diberikan diminggu orientasi ini  dapat
memandu kami kearah kecemerlangan diri yang lebih gemilangan . Dan
jadikanlah anak didik kami pelajar-pelajar yang sentiasa dahagakan ilmu
pengetahuan dan sentiasa  berusaha  bersungguh-sungguh untuk
meningkatkan prestasi pelajaran . Sesungguhnya menuntut ilmu itu adalah
merupakan fardhu ain yang wajib dilaksanakan oleh setiap muslim dan
muslimah . Janganlah Engkau jadikan pelajar kami yang hanya berpuas hati
dengan apa yang kami diperolehi dalam peperiksaan yang lalu .

يا منزل البركة وياكاشف الغم

Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah
diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan
dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.

رَبّنَا ءَاتِنَا فِي الدّنْيَا حَسََنة ً وَفِي الخِرَةِ حَسََنة ًوَقِنَا عَذَابَ الن ِ ّار 
وَصَّلى الُ عَلَى مُحَمّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلّمَ ،
 وَالْحَمْد ِّ ُلِ رَبّ العَالَمِي َ ْن

DOA SEMPENA PERLANTIKAN PENGAWAS

بِسْمِ الِ الرّحْمَنِ الرّحِيْمِ
الْـحَمْدُ لِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصّالِـح ُ َات ، َالصّلَة ُوَالسّلَمُ عَلَى 
رَسُوْلِنَا المِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْح ِ َابهِ أجْـمَعِيْنَ
اللّه ّ ُم اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِخْوَانِنَا الّذِيْنَ سَبَقُوَ ْنا بِالِيْمَانِ وَلَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا
غِلّ لِلّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبّنَاإنّكَ رَءُوْفٌ رَحِيٌ ْم

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepadaMu Ya Allah kerana telah
mengizinkan kami untuk menghadiri dan berada dalam Majlis Penghargaan
Pengawas Sesi (Tahun Lalu) dan Majlis Perlantikan Rasmi Pengawas Sesi
(Tahun Semasa) pada hari ini.

يا ال يا حفيظ يا شافع

Jadikanlah Badan Pengawas Sekolah ini sebagai wahana untuk membentuk
perpaduan nasional , bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan
menyumbangkan buah fikiran dan tenaga sebagai 
sokongan ke arah membantu meningkatkan kelancaran
 pengurusan dan disiplin di sekolah ini .

يا ال يا فالق الحب والنوى

Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami
ini) , barisan pengawas  kami akan menjadi pengawas yang bertanggungjawab
, mempunyai keyakinan diri yang tinggi , ketabahan yang padu, dan bersedia
mencurahkan bakti kepada sekolah yang tercinta ini . Sekaligus menjadi
pegawas yang cemerlang, terbilang , pengawas yang disegani dan dihormati,
samada dalam aspek kepimpinan dan pengurusan organisasi seterusnya
mampu melahirkan barisan pegawas yang berketrampilan dan berwibawa .

يا عزيز يا لطيف

Ya Allah kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah
diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan
dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.

اَللّه ّ ُم اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُو ً ْما ، وَتَفَرّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَف ّ َرقاً مَعْصُو ً ْما ، 
وَلَ تَجْعَلِ اللّه ّ ُم فِيْنَا وَلَ مَعََنا وَلَ م ْ َن يَتْبَعَُنا شَقِيّا وَلَ مَطْرُو ً ْدا وَلَ مَحْرُوْمًا .
رَبّنَا ءَاتِنَا فِي الدّنْيَا حَسََنة ً وَفِي الخِرَةِ حَسََنة ًوَقِنَا عَذَابَ الن ِ ّار 
وَصَّلى الُ عَلَى مُحَمّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلّمَ ،
 وَالْحَمْد ِّ ُلِ رَبّ العَالَمِي َ ْن

DOA SEMPENA MAJLIS PENUTUP
KURSUS/SEMINAR/BENGKEL

بِسْمِ الِ الرّحْمَنِ الرّحِيْمِ
الْـحَمْدُ لِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصّالِـح ُ َات ، َالصّلَة ُوَالسّلَمُ عَلَى 
رَسُوْلِنَا المِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْح ِ َابهِ أجْـمَعِيْنَ 

Ya Allah Engkaulah Penguasa langit dan bumi 
Ya Allah \kami merafakkan kesyukuran di atas keizinan-Mu untuk kami
berkampung selama ( Nyatakan bilangan hari ) dalam (Nyatakan Nama
Kursus) . Kami juga bersyukur kerana Engkau mengizinkan kami
menghadirkan diri  sehingga dapat menyempurnakan
kursus/bengkel  ini dengan jayanya .
Ya Allah Bagi-Mu segala puji pujian,
Kurniakanlah kami lisan yang lembut dan basah ,untuk sentiasa menyebut
namaMu ,agar  kami terus mengingati dan mensyukuri nikmatMu serta badan
yang sihat untuk menunaikan  perintahMu.

يا منزل الرحمة ويافاتح البركة

Kembangkanlah lembayung dan gelombang rahmatMu kepada kami , ibu bapa
kami , keluarga dan anak-anak kami , guru-guru kami , anak-anak didik kami di
sekolah , sahabat-sahabat seperjuangan dalam bidang pendidikan .

يا ال يا قاضى الحاجة

Pada ketika dan  saat ini kami hulurkan tangan kehambaan yang penuh
dengan noda dan dosa serta menadah  tangan penuh dengan pengharapan
,Sesungguhnya kami berlumuran dengan dosa , maka ampunkanlah dosadosa kami  .Sesungguhnya kami lemah dalam sendirian , maka kuatkanlah
kami dengan Islam dalam amal jamai’e dan kolektif. Sesungguhnya kesabaran
kami punya batasnya , maka kurniakanlah kami nikmat kesabaran seumpama
sabarnya Nabi-nabi Ulul’azmi .Sesungguhnya kami amat cenderung untuk
mengutamakan diri kami , maka didiklah hati kami untuk mengutamakan
keperluan saudara-saudara seagama kami sebagaimana Kekasih-Mu mendidik
para sahabat baginda berbuat demikian .Sesungguhnya hati kami juga
sentiasa berbolak balik dan bercerai berai , maka satukanlah hati-hati kami dan
berikanlah kami ruang dan masa untuk bantu-membantu dalam menegakkan
amal makruf dan nahi mungkar .